Pinjamkan aku bahumu…
September 12, 2008 by nursham
Pinjamkan aku bahumu
biarpun untuk sedetik waktu
kerana aku tidak mampu
menanggung rasa di kalbu
yang bermukim serasa seabad lalu
Pinjamkan aku bahumu
untuk ku tongkatkan
tatkala penat berjalan
menempuh ranjau semalam
Pinjamkan aku bahumu
dan kalau kau benarkan
bolehkah kupinjam tanganmu?
meminjam kekuatan
meminjam semangatmu?
Pinjamkan aku bahumu
dan jikaku menangis
bolehkan ku pinta
bukan untuk mengesat air mataku
tetapi menemaniku
dalam diam
bolehkah kau mengerti
biarpun aku terus membisu?
Kerana sesungguhnya
jalan ini pasti sunyi tanpa sahabat sepertimu
jalan ini pasti jauh tanpa teman yang tahu
jalan ini pasti berliku tanpa handai seperahu
kerana
aku perlu tahu
jikalau aku perlu berhenti dan menghela nafas dalam
kau masih ada di situ
meminjamkan bahumu
huwaa… klu kite leh fly gi sana @ ader pintu doraemon..
dh tentu kite sanggup klu awk nk tongkat kat bahu kite ni.
tp.. klu nk pinjm taklehla.. kang tak idup kite tnpa bahu ni + terpaksa kurangkn duit hantaran klu nk kawen nnti.. hehe
wo.. kn sng fs wat blog cenggini. takyh ssh² + seksa nk sign-in klu nk ltk komen.
Ish… tp kuar nama tak sama ngan id… seb baik kite tau sapa ‘kite’ tu
heheh, skema tak (nak wat camne… bf ngan bestfren awk kan skema… sabo je la ek)
Takpe.. ckp kat dier nnt kite pulang balik… lg 3 thn
lawanya tmpt tu..mcm pnh ku tgk..tp di mana ya..
puisi tu karang sndr ke?