Pinjamkan aku bahumu…
Posted in My Poems on Sep 12th, 2008 4 Comments »
Pinjamkan aku bahumu
biarpun untuk sedetik waktu
kerana aku tidak mampu
menanggung rasa di kalbu
yang bermukim serasa seabad lalu
Pinjamkan aku bahumu
untuk ku tongkatkan
tatkala penat berjalan
menempuh ranjau semalam
Pinjamkan aku bahumu
dan kalau kau benarkan
bolehkah kupinjam tanganmu?
meminjam kekuatan
meminjam semangatmu?
Pinjamkan aku bahumu
dan jikaku menangis
bolehkan ku pinta
bukan untuk mengesat air mataku
tetapi menemaniku
dalam diam
bolehkah kau mengerti
biarpun aku terus membisu?
Kerana sesungguhnya
jalan ini pasti sunyi tanpa [...]