Sejak PC rosak bulan Disember, banyak betol benda tak terpost. Antaranya:
1) Conference Speech Processing… Aku jumpa Nick Campbell!!! Bak kata Sab; Hana, pakwe you scheduled to come… jgn tak datang… What an interesting person. Korang takkan sangka dia se-terkenal Mahatma Ghandi dikalangan org speech processing. Hikhikhik.
2) My Best Friend’s Wedding. Ari tu siap letak lagu tema My Best Friend’s Wedding lagi kat profile; khas untuk Abg Man & isteri ;D
3) Raya Aidiladha… kt rumah. Bahagianyaaaa
4) Research Group kitorang dipindahkan dari department A ke department B dan dari department B masuk ke department C dan ditarik masuk semula ke department A dalam masa dua minggu! Memula tu dah rasa nak cabut dah. Nasib baik Prof Zarin tarik kitorang balik masuk bawah dia…. muahahah (dan masih buat research yang sama…. hurayyyy!!!) Alhamdulillah.
5) Awal Muharam. Azam tahun baru? Cepat la sambung… tapi masih dalam dilemma… ke mana hati hendak dibawa…
6) Aku kena siren Touch n Go buat pertama kalinya. Nasib baik tak jem tol tu dibuatnya… Dan nasib baik orang in charge tu sangat bersopan-santun… dan ensem… muahahah.
7) Naza’s wedding. Ye ye, aku tau wedding belah perempuan lebih dekat ngan rumah aku. Hussein, thanks for trying to reach me. Sorry, tak dengar bunyi tepon. Apsal tak cakap awal2 nak konvoi. Tapi pasal aku dpt invitation drpd Naza, aku plan nak g rumah dia weekend ni. Tapi (lagi) sesungguhnya, aku sangat malas… Soalnye, Naza yang kawen ni… ada plak yang merajuk karang… muahahhaah. Mengenangkan bantuan dia yang tak pernah putus time aku buat Master dulu (apsal la bunyinya cam dah lama ar), aku tau… aku musti datang. Akan ku usahakan yeak, Naza. Selamat Pengantin Baru!
Kesimpulannya, Muharam ini, aku diseluputi dilemma… apsal… nnt la. Akan bersambung…. kuikuikui (Zzul, dah lama tak buat gelak ni).
Naza..familiar la nama tu..
Aah… Nazarul Annuar. Senior kiter…